About Me

My photo
Say what is true, although it may be bitter and displeasing to people.

Musik

Realiti

Mungkin jika anjing mempunyai akal dia mahu sendirinya memilih untuk kejalan kebaikan. Apatah lagi manusia punyai akal dan boleh menganggar apa yag bakal terjadi walau semua itu ketentuan tuhan.Pesan aku kepada semua punyai akal fikirkan tentang agama fikir tentang masa depan fikir tentang ketetapan. Benda yang ditegah dilarang semua ada sebabnya mahu atau tidak patuh saja jawapannya. Fikirkanlah sampai bila harus hidup? Kita pasti mati, mahukan kamu menyesal bila jasad dan roh sudah terasing? Aku hanya hamba yang keji, sesat dan bodoh. Aku mahu berubah, mengubah haluan kejalan yang seharusnya, kamu, kamu dan kamu fikirkan adalah kamu tahu bila matimu? Adakah kamu sedar tentang ayat kamu "aku masih muda" adakah kamu tahu kamu akan hidup untuk beberapa tahun lagi? Adakah kamu sudah bersedia? Aku malu malu punyai teman malu punyai kenalan seperti kamu. Tidakkah kamu sedar kataku ini untuk kebaikan kamu? Sedarkan kamu semua yang aku sayangi yang aku cintai jangan kamu selasa dengan apa yang ada pada kamu sekarang. Keselesaan sekarang adalah kerosakan masa kelak. Berjanji dengan aku kita sama berusaha harungi semua bersama dijalan yang betul yang benar. Kita sama sama perbaiki diri kita. Apa yang ditegah oleh tuhan itu ada sebabnya. Fikirlah. Fikirlah kerana inilah REALITI.

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 Katakan.Template by : UrangkuraiPowered by Blogger.Please upgrade to a Modern Browser.